Saturday 31 August 2013

Di ambang kemerdekaan ke 56

Di ambang kemerdekaan ke 56 


Cover Photo
Mesej dari kami semua


As salamu'alaikum buat semua yang tersayang. Moga sentiasa di rahmati Allah.

Sentuhilah jiwa ini Ya Allah

Merdekakan aku dari belenggu nafsi
Merdekakan aku dari sifat putus asa
Merdekakan aku dari keinginan yang mencari selain redhaMu

Jiwa ini adalah milikMu

Dan andai hidupku ini hanya mendapat murkaMu

Mana lagi hendak ku halakan wajahku dariMu Tuhan..

Semoga aku mengenal diriku supaya ku kenal diriMu dalam kembara mencari erti kemerdekaan ini..



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 56 kepada seluruh rakyat Malaysia. "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku " Walaupun berbeza ideologi politik, sambutlah kemerdekaan dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT. Marilah kita menjadi warga yang sayangi Negara dengan: 1. Mendoakan kesejahteraan negara, 2. Mendoakan pemimpin agar mentadbir dengan berintegriti serta mendapat petunjuk Allah, 3. Doakan rakyat agar cemerlang, bersatu & mendapat hidayah Allah, 4. Kita berusaha menjadi orang yang baik agar bertindak sebagai ASET kepada Negara, 5. Bersyukur dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Besok 31 Ogos 2013, kami mengadakan rumah terbuka adilfitri di ambang kemerdekaan negara yang ke 56.  Wassalam.




Nota ini adalah sebagai peringatan diri sendiri di ambang kemerdekaan ke 56


2 comments:

  1. semoga semua cita2 tu tercpai..~

    mari merdeka kan diri dr dibelenggu jahiliyyah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Semoga kita berdoa selalu untuk kesejahteraan ummah.

      Delete