Tuesday 21 January 2014

Keselamatan, Pelancongan & Thailand 2014

Jom kita melawat Thailand

Adakah anda akan membatalkan rancangan untuk melancong ke Thailand kerana keadaan politik yang tidak stabil. Jom kita meninjau-ninjau akan dua belas kawasan yang menjadi pilihan hati saya di Thailand.

Dua belas (12) tempat pelancongan yang terkenal dengan keindahannya di Thailand

Antara tempat yang disyorkan adalah :

(1) Chiang Mai



Chiang Mai terkenal dengan pasar malamnya bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Biasanya, pasar malam akan dibuka di sebelah petang sehingga 12.00 tengah malam. Beranika jenis barangan dan makanan dijual pada pasar malam ini. Pada mulanya pasar malam ini dimiliki oleh pedagang cina tetapi sekarang telah diusahakan oleh penduduk asli Thailand.

(2) Chiang Riang


Chiang Mai terkenal dengan White Temple atau Wat Rhong Khun yang kira-kira 5 kilometer ke Selatan Bandar Chiang Rai, wilayah Utara Thailand. Kuil ini adalah idea pelukis Thailand yang terkenal, Chalermachai Kositpipat pada tahun 1997. Kuil ini masih belum siap sepenuhnya.

(3) Cha-am

www.travelblat.com

Cha-am terletak di sekitar 161 km sebelah selatan kota Bangkok. Pantainya adalah pantai pasir putih yang terpanjang di Thailand.

(4) Hua Hin

www.golf-huahin.com

Hua Hin adalah tempat untuk berekreasi. Hua Hin terkenal dengan keindahan pantainya serta tempat untuk berolahraga. Keunikan di sini, para pengunjung dapat bermain di golf di bawah pohon kelapa.

(5) Koh Samui

www.frugaltravelguy.com

Koh Samui terkenal dengan keindahan pantai dan pulaunya. Lautnya tenang dan mendamaikan hati. Ada banyak juga tempat menarik sepanjang perjalanan, air terjun, trek gajah dan tiger and sea lion show.

(6) Koh Chang


www.paradise.bungalows.net

Koh Chang mempunyai tema taman nasional laut yang sangat indah dan damai. Terletak di dekat dengan perbatasan Kemboja, Koh Chang adalah pulau terbesar kedua di Thailand, dan yang terbesar di Koh Chang adalah Marine Park Nusantara. Koh Chang adalah salah satu pulau yang paling indah di Thailand dengan beberapa air terjun, terumbu karang berkembang, hutan hujan dan pantai berpasir putih panjang. Koh Chang  masih jauh lebih tenang daripada pulau-pulau seperti Phuket atau Ko Samui.

(7) Krabi
www.tripadvisor.com

Ko Phi Phi adalah kepulauan kecil yang sangat menarik untuk dikunjungi di Krabi, Thailand Selatan. Ko Phi Phi Don adalah pulau terbesar dari kelompok kepulauan tersebut, dan merupakan satu-satunya pulau berpenghuni tetap, sedangkan yang lebih kecil adalah Ko Phi Phi Leh yang sangat popular kerana pantainya dan aktiviti menyelamnya. Ko Phi Phi Leh digunakan sebagai lokasi untuk film The Beach. Tempat ini merupakan tempat yang sangat indah untuk dikunjungi.

(8) Phuket

www.mrstyleking.com

Phuket juga terkenal dengan nama 'mutiara dari Selatan'. Apabila anda sampai ke sini, anda perlu melawat restoran-restoran yang terdapat di sekitar Phuket yang disajikan dengan pilihan makanan yang terbaik dari masakan Thailand. Anda harus melawat Phang Nga Bay kerana adalah salah satu daerah pemandangan yang paling indah di Thailand. Tempat ini terdiri dari gua-gua yang indah, gua-gua air dan pulau-pulau batu kapur. Pulau yang paling terkenal di teluk adalah setumpuk laut yang disebut Ko Ping Kan (lebih dikenal sebagai James Bond Island) yang ditampilkan dalam film James Bond "The Man dengan Golden Gun". Satu cara yang popular untuk mengunjungi Phang Nga Bay adalah dengan menggunakan kayak laut kerana itu adalah satu-satunya cara untuk masuk ke dalam gua-gua lautnya.

(9) Pattaya


www.pictures.Thailand.com

Pattaya terkenal dengan keindahan pantainya, walking street, dan pulau-pulaunya yang indah. Pantai ini adalah syurga untuk hiburan, menyelam, dan lautnya. 

(10) Bangkok


www.99holidays.com

Bangkok adalah ibu kota Thailand dan adalah bandaraya yang terbesar sekali. Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati di sini. Di antaranya Grand Palace, Siam Ocean World, Wat Pho, Wat Arun, The Giant Swing, Jim Thompson House, Damnoen Saduak Floating Market dan Sungai Chao Phraya.

(11) Ayuthaya
   
www.bangkok.com

Di sini anda dapat menyaksikan keruntuhan candi, sisa-sisa kuil dan istana Ayuthaya yang sekarang ini telah menjadi taman bersejarah untuk dilawati.

(12) Lop Buri

penceritamaya.blogspot.com


Bunga Matahari banyak terdapat di Lop Buri, Thailand. Bunga Matahari kembang mekar dengan begitu banyak seperti cerita sebuah dongeng. Sungguh menawan hati yang memandang. Sungguh cantik sehingga tak terkata. Anda boleh mengunjungi tempat ini dari bulan November sehingga bulan Januari setiap tahun. Saya peminat bunga matahari sehingga rasa boleh meleleh air mata.


Sejak akhir-akhir ini, heboh dipersoalkan keselamatan yang berlaku di Thailand. Selamat atau tidak untuk kita melancong.  Sedia maklum Thailand telah diancam oleh beberapa siri keganasan, bom dan demontrasi.  Secara keseluruhannya, selagi belum ada amaran khusus, kawasan pelancongan itu masih selamat dilawati kecuali Bangkok dan wilayah-wilayah di selatan Thailand. Bangkok menjadi tumpuan pusat demontrasi serta kawasan-kawasan Islam di Selatan Thailand yang  diancam oleh beberapa siri keganasan serta bom. 





34 comments:

  1. Saya belum pernah sampai lagi. Tapi, memang cantik tengok dalam gambar ni.

    ReplyDelete
  2. wah sume bez2...insha Allah plan bulan 3 nak ke krabi/hatyai..excited ni
    menabung sini-ikea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mencelah sikit, sekiranya berminat utk pakej Thailand boleh hubungi kami, kami ada buat trip dari Melaka / KL terus ke Krabi (2 malam) dan balik 1 malam di Hatyai naik bas. Berminat sila hubungi 019 2203241

      Delete
  3. Rupanya Thailand kaya juga dengan santai spot ??tak kurang juga monumen sejarah menarik.. rasa berminat pula travel sana :)

    ReplyDelete
  4. menariknya lah tempat-tempat ni,

    mama rasa tak de masalah kerana sejak semalam mama cuba siasat... kenapa ye..

    ReplyDelete
  5. Cantik & menarik.. bnyk tempat yg dah dilawati ye.. best.. :)

    ReplyDelete
  6. semua tempat yg dipaparkan cantik2 n menarik...tapi kena pentingkan keselamatan juga...jikalau merasa tempat tu xberapa selamat...pilihlah tempat yg selamat..

    ReplyDelete
  7. Saya nak merancangan ke Thailand tahun ini tapi tak jadi atas sebab konflik politik. Jadi kami tahun ni pergi vietnam. kalau keadaan sana kembali tenang harap dapat ke sana.

    ReplyDelete
  8. cantik betul tempat kat sana..

    ReplyDelete
  9. takut nak pergi..

    ReplyDelete
  10. Saya sudah sampai empat tempat dari senarai di atas...

    ReplyDelete
  11. Banyak lagi tempat yg belum sampai... Amazing Thailand!

    ReplyDelete
  12. Subhanallah.. pujia-pujian kepada Allah atas keindahan ini... tringin nk pgi...

    ReplyDelete
  13. err.. macam kenal je pic bunga matahari tu.
    Sunflower also one of my fav flowers. Syukur ada peluang tgk live depan mata.
    Selain di Lop Buri, bunga matahari juga ada di tanam di sekitar Saraburi. :)

    ReplyDelete
  14. mmg ada plan nk g..tp ntah bile blh g thailand.. huhuhuhhu

    ReplyDelete
  15. cantik pulau-pulau kat thailand..

    ReplyDelete
  16. saya memang pernah merancang ke sana
    tapi takut kerana isu keselamatan di negara itu
    yang tak stabil

    ReplyDelete
  17. SubhanaALLAH cantiknya..plg nkmpergi,krabi,hua hin,koh samui n lop buri..weeee

    ReplyDelete
  18. pernah pergi ke hadtyai ja.. ada planning nak ke krabi.. tp buat masa ini, rase nya belum boleh lagi kesana, biarkan keadaaan reda dulu...

    ReplyDelete
  19. Wah.. banyak juga tempat2 yang menarik perlu dilawati di thailand yer... selama nie yg tau bangkok, phuket, krabi dan koh samui jerr.... :D

    ReplyDelete
  20. Saya pernah tengok movie, Yamada: The Samurai of Ayothaya. Best gak! Pasal Martial arts...

    ReplyDelete
  21. Hari ini 22hb Januari 2014 , Bangkok telah diisytiharkan darurat. Ini pasal demontrasi yang telah berlarutan selama 2 bulan...begitulah kehendak Allah SWT.

    ReplyDelete
  22. cantik tempat ni.. bila la dpt nak pegi tmpt ni.. hehe

    ReplyDelete
  23. Boleh je gi ke Golok dan Tak Bai..pekan2 di sempadan Kelate ni... masih selamat..

    ReplyDelete
  24. Klu melancong skrg ni selamat ke....cuti raya cina pun dh dekat....masih selamat ke kt sana

    ReplyDelete
  25. sekarang ini rasa bimbang nk melancong ke siam..tapi tempat di sana menarik sekali

    ReplyDelete
  26. teringin nak g krabi.. cantik sangat...

    ReplyDelete
  27. ok.. dah dapat idea mana nak pegi masa kt bangkok nnt. baru terhegeh2 nak buat iti, selasa ni dah nk fly.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari da g thailand ke?rase nk mlncong ke saneje

      Delete
  28. assalamualaikum tuan tanah.
    tumpng tanya, kalau dari Phuket nak ke Bangkok mcm mana ye?
    ade berapa options n berapa bajet transportation tersebut kalau tuan tahu.

    ReplyDelete



  29. chiangmai eco holidayWe have thoroughly enjoyed our years here in Thailand's "Rose of the North". The temperature here is comfortable enough to wear a single layer of light clothing.There is a cornucopia of things to discover in one of the World's best cities to visit (Travel and Leisure 2010) certain to cater to WANDERLUST.

    ReplyDelete



  30. chiangmai eco holidayWe have thoroughly enjoyed our years here in Thailand's "Rose of the North". The temperature here is comfortable enough to wear a single layer of light clothing.There is a cornucopia of things to discover in one of the World's best cities to visit (Travel and Leisure 2010) certain to cater to WANDERLUST.

    ReplyDelete