Sunday 30 March 2014

Kota Semarang Part 3

Assalamualaikum w.t.b.,

Sebelum berakhir jelajah saya di Kota Semarang ini, sempat jugak saya ke Masjid Agung Jawa Tengah Semarang... Subhanallah! Bile kaki melangkah di persekitaran masjid ini, terasa berada di Madinah al-Munawarrah. Allahuakbar!


Cerita tentang masjid ini, mulai dibangun sejak tahun 2001 hingga selesai secara keseluruhan pada tahun 2006.  Masjid Agung Jawa Tengah dikatakan bentuk dengan seni bangunan campuran Jawa, Islam dan Romawi. Saya di beritahu bahawa masjid ini juga sebagai tempat pelancongan sehingga ada kemudahan untuk menginap dan bermalam di situ.Di kawasan masjid itu terdapat Muzium Kebudayaan Islam yang boleh kita menghayati sejarah kebudayaan Islam.

                                       Terlihat pintu masuk ke Muzium Kebudayaan Islam.

                                           Seperti koloseum dengan hiasan kaligrafi yang indah.

                
Selain itu, masjid ni ada Menara yang boleh melihat seluruh kota Semarang. Nama menara ini adalah Al-Husna.

Di dalam masjid ini atau dengan nama singkatnya adalah MAJT memiliki koleksi Al Quran raksasa berukuran 145 x 95 cm² yang ditulis tangan oleh Drs. Khyatudin. Lama Penulisan ini selama 2 tahun 3 bulan.

               Lokasi keberadaan Al-Quran Raksasa ini berada di dalam ruang utama tempat shalat.


Selepas waktu asar,kelihatan ramai orang duduk santai di sekitar masjid ini dengan aktiviti riadah seperti bermain basikal. Ada yang duduk santai sambil sembang bersama sahabat dan meluang waktu bersama keluarga. 




         ..........dan aku disini, melihatnya indah terpesona penuh asyik. Allahuakbar!

Semoga edisi entry kali ini memberi manfaat. 
Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.
Cerita Kapal Terbang MH370 hanya Allah Yang Maha Mengetahui. (eh...takde kene mengena...hahaha...)

p/s: - Lebih cantik lagi pada suasana malam. Betapa besarnya kuasa Allah! Allah Maha Besar!
       - Selain masjid ini, masjid lain yang terkenal di Kota Semarang ini Masjid Agung Demak yang                  memakan masa 1 jam dr MAJT.
                                                                 

Read more ...

Wednesday 26 March 2014

Surau Tabek Patah Kecamatan Salimpaung Bukit Tinggi Siri 13


Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 13

Panorama Alam yang indah dan dingin
Tabek patah mempunyai panorama alam yang indah dan sejuk dikelilingi oleh perbukitan dan hutan pinus. Tabek Patah berasal dari kata tabek (kolam) yang patah menjadi dua bahagian. sebelah utara dinamakan dengan 'talago Pakis' dan sebelah selatan dinamakan dengan Aia Taganang. Objek ini terletak di pinggir jalan raya Bukittinggi/Payakumbuh- Batusangkar, dalam kecamatan Salimpaung. jarak dari Kota Batusangkar lebih kurang 19 KM. 

Kami singgah solat di Surau Tabek Patah selepas makan tengah hari di Restoran Makan Flora. 










Kelihatan dalam gambar di bawah sekarang adalah  musim menuai. Para pekerja membawa bungkusan padi ke tepi jalan raya.
  




Read more ...

Saturday 22 March 2014

Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama Ayuinsyirah



Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama Ayuinsyirah

Jom Join ramai-ramai 

Link adalah seperti berikut :

http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html

Read more ...

Friday 21 March 2014

Rumah Makan Restoran Pondok Flora Tabek Patah Bukit Tinggi Siri 12

Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 12

Hari kedua (Makan Tengah hari)


Selepas melawat Industri Pisang Salai dan Kopi kiniko, kami telah bergegas untuk makan tengah hari di Pondok Flora. Kali ini kami perlu bayar sendiri kerana pakej makan tengah hari telah habis. Restoran ini terletak di tengah sawah padi dan dipenuhi dengan burung hantu dan Sang helang. Ada juga kera dan kucing di pelihara di laman restoran ini. Juga pelbagai jenis ikan dalam petak air di kelilingi pondok ini. Saya begitu teruja dengan suasana kedesaan di sekelilingnya. Makan tengah hari di sini untuk dua orang adalah berjumlah Rph 70,000 (RM20). Agak lumayan. Terima kasih kepada Aben yang pandai menguruskan makan tengah hari kami. Sedap dan murah.

















Read more ...

Thursday 20 March 2014

Oleh-Oleh Koperasi kiniko Bukittinggi, Tabek Patah Siri 11




Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 11

Hari Kedua (Sebelah tengah hari)

Selepas dari Sanjai Ummi Aufa Hakim, Kota Bukit Tinggi kami terus singgah ke Koperasi Kiniko dalam perjalanan ke Batu Sangkar. Di sini kami melawat Industri desa secara kecil-kecilan. Alamat adalah seperti berikut : Jalan Raya Tabek Patah, KM16 Salimpaung Tanah Datar. Tel : (0752) 561123. Email : (0752) 561123. Email : Kiniko_food@yahoo.com.

Di sini kami sempat minum teh daun kopi dan teh mulberi. Kami juga sempat melawat Industri Pisang Salai. Teh daun kopi di sini sedap. Anda perlu bubuh gula dan kacau dengan kayu manis. Menurut pemandu pelancong, pada zaman pemerintahan Belanda, kebanyakan teh dieksport ke luar negeri. Jadi orang tempatan tidak dapat merasa teh. Maka, mereka telah menjadikan daun kopi itu sebagai teh. Kita sebut sebagai daun kopi.

 Cinta dan Koperasi Kiniko

 Pisang Salai

 Proses memotong Pisang

 Kawa Daun

Teh daun Kopi

Kedai minum daun kopi Kiniko

Kedai Jualan Kiniko

Ramuan Pinang Kiniko

Kayu Manis

Para Pemandu Pelancong 

 Anda boleh menyewa baju pengantin Minangkabau untuk mengimbau kenangan lalu.


Keep on travelling, the world is big.



Read more ...

Wednesday 19 March 2014

Sanjai Ummi Aufa Hakim Kota Bukit Tinggi Siri 10



Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 10



Hari Kedua (sebelah pagi )

Selepas habis shopping di Pasar Aur kuning, kami terus  singgah ke Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim. Terletak di Jalan Soekarno Hatta Ganting, Bukittinggi. Di sini terdapat pelbagai jenis kerepek khas orang Minang seperti Sanjai Balodo Hijau, dan Dendeng kering. Oleh-oleh khas dari Tanah Minang. Bermacam-macam jenis kerepek ada dijual di sini. Sedap sungguh kerepek di sini. Lebih kurang juga rasanya kerepek di tempat kita.Tapi ada juga kerepek yang tidak terdapat di tempat kita. Ini kerana kerepek itu telah melalui proses penambahbaikan dari masa ke se masa. Misalnya kerepek yang berbau durian. Juga melalui proses kreativiti dan inovasi dalam pembangunan R & D. Sekiranya anda mempunyai masa, silalah ke tempat ini. Berbaloi merasa kerepek orang Minang. Kedai dan kilangnya bersih dan kemas. Tel : 08126724204 atau 081267164088. Facebook : Ummi Aufa Hakim. atau emel : Ummi_aufahakim@yahoo.com.













Read more ...