Monday, 7 April 2014

Trip Kuala Lumpur ke Krabi via Hatyai Siri 1

Konsortium Bas Ekspres ke Hatyai City

Day 1 (Rabu pagi)

Kami terpaksa naik bas dari Kuala Lumpur untuk bercuti di Krabi via Hatyai. Ini last minute punya decision. Tiket flight pun mahal juga. Flight Airasia hanya ambil masa 1 jam suku ke Krabi Airport. Maklumle bekerja makan gaji dan tunggu kelulusan cuti pulak.

Kami naik bas dari Tg Malim ke Pudu Raya (harga bas RM7.70 seorang). Harga bas tiket dari Kuala Lumpur ke Hatyai RM55 seorang. Kami naik Konsortium Bas Ekspres. Bas double decker. Pilih seat paling depan sekali. Boleh tengok pemandangan  dan luas sekali sehingga boleh sentuh cermin tingkap bas depan sekali dengan kaki yang telanjang.      

Konsortium bas hanya ada pada waktu 9.30 pagi. Pada waktu malam, hanya pada waktu 9.30, 10.30 dan 11.00 sahaja. Bas ke Hatyai mengambil masa antara 8 hingga 9 jam untuk sampai ke destinasinya. Kami sampai ke Hatyai City kira-kira 730 malam. Kami bertolak jam 11 pagi. Maka perjalanan kami adalah kira-kira 8 jam setengah. 

Bas akan berhenti di depan bangunan Konsortium Bus Express (Hatyai Varaity Travel Service). Kawasan yang berhampiran dengan Lee Gardens. Lebih kurang macam Petaling Street di Kuala Lumpur. Kawasan perniagaan Kaum Cina di Hatyai City.

Semua perkhidmatan disediakan oleh Konsortium Bas Express. Hotel pun ada. Kami book hotel dengan Konsortium Bas Express je. Kami book Hotel Indra je .Rm 50 semalam. Kalau kami pi book dengan Hotel Indra kadang-kadang dicaj antara RM55 dan RM60. Book dengan Konsortium Bas Express lagi murah.    

Bawah adalah senarai harga hotel yang ditunjukkan oleh Konsortium bas Express ( 26 March 2014)

i) May Flower                         1170 bath
ii)New Season                       1270 bath
iii)Sakura Grand View           1140 bath
iv)Golden Crown Plaza          1050 bath
v)Golden Crown                      870 bath
vi)Regency Hotel-Std             840 bath
vii)Regency Hotel-Dex          1170 bath
viii)Regency Hotel New-Business 1400 bath
ix)Centara Hotel                    1900 + 2 ABF
x)Lee Garden Plaza              1320 + ABF
xi)Lee Garden                       DEX 720-/STD 620
xii)Daimond Plaza                 1070
xiii)Siam Canter                     1000 bath
xiv)Sakol Hotel                        970 bath
xv)Asian Hotel                         1070 bath
xvi)B.P. Grand Suite Hotel     1220 bath
xvii)B.P. Grand Tower              900 bath
xviii)Pink Hotel                          750 bath 
xix)Kiss Garden Home New   1120 bath
xx)Kiss Garden Home Old       920 bath
xxi)V.L. Hotel                             930 bath
xxii)Indra Hotel                           500 bath
xxiii)Sakura Old                         750 bath
xxiv)Kosit                                    750 bath
xxv)Grand Plaza                         980 bath
xxvi)Sing Golden Place            1070 bath
xxvii)J.B. Hotel                           1250 + 2 ABF    

Bas dan hotel book dengan depa. Sekarang Mini Van ke krabi pun book dengan depa. Harga Mini ke krabi adalah RM26. Nak tukar ringgit Malaysia ke Bath Thai pun ada. Besok kami dijangka bergerak pada jam 9.00 pagi ke Krabi. 8.30 pagi kena tunggu di kedai Konsortium Bas Ekspress.

Untuk balik ke Kuala Lumpur pada Ahad nanti kami telah book awal dengan Konsortium Bas Ekpress. (Harga Rm45 seorang). Kata depa tiket bas balik perlu disimpan dan boleh dapat diskaun RM5 lagi lain kali nak book balik ke Kuala Lumpur. Harga tiket balik lebih murah berbanding dengan pergi ke Hatyai.

 Konsortium Bas Ekspres dari Kuala Lumpur

Di dalam bas bersama Cinta

69 comments:

  1. asik nih kalau bisa liburan kesini :)

    ReplyDelete
  2. beznye...seronok berjalan...
    nak ke hatyai gak..ke krabi pun nak..insha Allah klo dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dimurahkan rezeki. Insyallah pasti sampai ke Krabi suatu masa nanti. Saya suka krabi.

      Delete
  3. Saya pun pernah ke Haatyai cara macam ni, tapi saya pi naik van dari Penang. Lama sangat dah. Hotel saya cari sendiri. Hotel Pink. Tapi sy serik untuk menginap di Hotel Pink tu lagi sebab ia memberi masalah kepada saya. Very bad experience with them :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pengalaman yang pahit itu? Cuba kongsikan.

      Delete
    2. Passport saya dipegang oleh pihak hotel selama tinggal di situ. Tapi bila hendak check-out mereka minta saya bayar lebih dari sepatutnya dan tidak mahu pulangkan pasport saya. Mereka menuduh saya menghabiskan semua arak yang ada dlm peti sejuk itu. Sudah tentu saya naik angin dengan tuduhan itu kerana saya orang Islam dan tidak minum arak, anak-anak saya pula budak-budak kecil lagi berumur antara 3-8 tahun. Mereka tetap tuduh saya dengan memanggil pekerja yang mengemas bilik hotel itu dan dia juga sepakat menuduh saya mengadakan party di dalam bilik itu bersama kawan-kawan saya, sedangkan saya tak ada kawan/orang yang saya kenali di sana. Pergaduhan berlaku antara saya dengan pihak hotel itu. Kemudian saya mengugut utk buat aduan pd pihak atasan. Memarahi mereka sehingga membuat semua orang lalu lalang di situ perasan dan ingin tahu apa yang sedang berlaku. Akhirnya mereka gagal mengutip duit lebih daripada saya dan kembalikan pasport saya. Pengalaman cuba disonglap, hampir jadi mangsa scam dan menyakitkan hati membuatkan saya tidak akan pijak hotel itu lagi.

      Delete
    3. waduh.. pengalaman yg sangat berharga Bu. Hebat lah Ibu Naramas bisa mempertahankan diri dari orang-orang yang suka ambil kesempatan.

      Delete
  4. seronok ni berjalan jauh menaiki bas...hotel penginapan pun murah.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. sama la kita bro...
      bas pilihan utama.mudah dan snang...
      dari nak drive.. wlaupun dlm mlaysia

      Delete
  6. suka travel dengan bas jugak ^^

    ReplyDelete
  7. Lapan jam baru sampai Hatyai.., kematu punggung... hehe. Tapi kalau kaki berjalan memang takde hal punya...

    ReplyDelete
  8. sesekali dapat travel dengan bas begini tentu menarik.. menabung 2kali KFC..

    ReplyDelete
  9. Informasi yang amat berguna sebab sebelum ni Ida tak tahu ada bas ekspress menuju ke sana siap dengan pakej sekali.... boleh cuba ni sbb time sekarang rasa fobia lak nak naik flight hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas ekspress best juga....mengimbau kembali kenang-kenangan sewaktu kecil dulu bersama arwah bonda tersayang.

      Delete
  10. Di dalam gambar terakhir caption "Di dalam bas bersama Cinta" Kok Cintanya ditinggal sendirian Pak Lim ...hehe. tak ada siapa-siapa bersama Cinta tuh ? bangku kosong je ..

    ReplyDelete
  11. Wahh seronok juga menaiki bas ke sana... pelbagai permandangan yg boleh dilihat kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat seronok...saya suka travel dengan bas...

      Delete
  12. bestnya g hatyai.. farah dah lama tak masuk siam..hehehe

    ReplyDelete
  13. menariknya....suka suka suka..

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum...

    wahh.. mesti seronok gi hatyai naik bas dapat tengok pemandangan.. tp currency duit kat sana .. 1 bath = RM ?

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1 sama dengan 9.9643 bath. Maksudnya : RM1 = RM0.99 kita..Kita lebih 1 sen je...maka lebih kurang sama je....Nilai ini adalah untuk 8hb April 2014.

      Delete
  15. uiii... memang koje berjalan je tuan.... errr.. tokeh travel agent ke tuan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tokeh travel agent...teman tokeh jalan...hihihi

      Delete
  16. wahh...pergi krabi naik bas..murahnya..semua macam bawah 100...macam berbaloi jer..nnt nak baca siri 2 plak laa...rasa cam nk ajak kawan2 buat plan camnie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi ajak kawan-kawan berjalan ke Hatyai dan Krabi...Semoga catatan saya menjadi panduan yang berguna kepada anda.

      Delete
  17. tak sabar nk baca citer selanjutnya..kitorg mmg ada plan nk kena sana ...

    ReplyDelete
  18. krabi antara tempat yang menarik dan cantik pemandangannya

    ReplyDelete
  19. alamak ni sudah baguih.. kiranya kita booking semuapun dari KL.. dari bas ke hatyai, hotel dan van ke krabi..hotel di krabi taklerkan...
    ehm tak sabar tunggu gambar di krabi lak...

    ReplyDelete
  20. Bus je booking di Kuala Lumpur.. Yang lain perlu book dengan Konsortium Bas Ekspres di Hadyai..Hotel di krabi ada di entri 3...

    ReplyDelete
  21. jujurnya saya takut ke sana...hehe
    tak apalah banyak lagi tempat lain boleh pergi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah saya diberi kekuatan dan dorongan Oleh Allah SWT. Saya selalu berdoa agar perjalanan saya ke sana dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Itu yang mampu saya lakukan.

      Delete
  22. ramai sungguh orang buat percutian ke krabi...kalau ada rezeki teringin juga pergi

    ReplyDelete
  23. Dulu selalu juga baalik kampung naik bas ni.

    ReplyDelete
  24. kat restoran thai kat tepi usm ni ada sediakan transport ke hatyai naik van vip.. hehe

    ReplyDelete
  25. salam nak tanya tempat makanan yang halal banyak x disitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak makanan halal..senang cari makanan halal kat hatyai

      Delete
  26. Replies
    1. Tiket balik kena book di Hat yai...Konsortium Bus Express (Hatyai Varaity Travel Service). Kawasan yang berhampiran dengan Lee Gardens. Lebih kurang macam Petaling Street di Kuala Lumpur. Kawasan perniagaan Kaum Cina di Hatyai City.

      Delete
  27. salam perkenalan..saya jumpa blog ni dengan niat nak bercuti tiket flight mahal sangat knon nak naik bas. terima kasih berkongsi info..

    ReplyDelete
  28. Salam nak tanya,,naik bas th dari mana stesen bas mana ye??stesen pudu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh naik bas dari stesen Pudu. Boleh beli tiket di kaunter Stesen Pudu juga.

      Delete
  29. Salam. Apa nama syarikat bas ug saudara naik ni? Masih beroperasi di Pudu Raya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsortium Bas Ekspres. Memang masih beroperasi di Pudu Raya..

      Delete
  30. mekasih sharing info...berguna :)

    ReplyDelete
  31. Agak-agak kalau gi time chinese New year ni tanpa booking hotel still available tak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CNY biasanya penuh...Elok booking awal. Thanks.

      Delete
  32. Berapa jam perjalanan naik bus/minivan dari hatyai ke krabi atau ke phuket.

    ReplyDelete
  33. Salam, may I ask u something? I will be in krabi from Bangkok on 08.00 local time by plane. Is it possible for me to join phi phi island tour? Can you recommend the cheapest one? I have booked Senandung Langkawi to KL Sentral from HatYai for next day. Can I reserve ticket Krabi-HatYai in hotel? Or I have to go to bus station? How is Chinese Newyear in KL? Am I come in wrong date?

    ReplyDelete
  34. Nak book hotel tu macam mana ye? Kat pudu@hatyai@online??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Book kat Hatyai..atau online je..booking.com

      Delete
  35. Insurans Kereta Ke Thailand

    Saya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.

    1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
    2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
    3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
    4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.

    Layari Link di bawah
    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete
  36. untuk menyewa kereta @van vip serta pemandu ke thailand cuba hubungi abang ini
    http://hatyaicartravel.blogspot.com

    ReplyDelete
  37. dah lama tak ke hatyai n krabi. ok rasa macam nak ambil cuti panjang pula ke sana.
    seriously thailand ni sangat menarik pada saya

    ReplyDelete
  38. Donnok Hatyai Krabi Phuket Phattaya Bangkok Chingmai Contact Bang Shaban +66814795433 whatapp
    www.hatyaivantour.com
    Ada Van dan Kerata
    Van sevis dengan sopir (driver) di seluruh thailand Malaysia dan Singapura Dengan layanan profesional berpengalaman lebih dari 20 tahun.

    ReplyDelete