Friday, 31 July 2015

Universiti Andalas, Padang

Fakulti Perubatan, Universiti Andalas (UNAND)

Universiti Andalas, adalah universiti tertua di luar Pulau Jawa. Universiti keempat tertua di Indonesia. Didirikan pada 23hb Disember, 1955. Fakulti Perubatan terletak di Kota Padang, di kampus utama, Limau Manis, kira-kira 12 km dari ibu kota Sumatera Barat.

Nama Andalas telah diusulkan oleh Bung Hatta. Andalas, dirujuk kepada nama Pulau Sumatera yang pada masa itu adalah terkenal dengan nama Pulau Andalas. Andalas adalah dirujuk kepada pohon andalas yang mana tumbuhan ini hanya ada di Pulau Sumatera sahaja. Andalas telah ditetapkan sebagai Flora Maskot Sumatera Barat.

Padang terkenal dengan adat minangkabau. Sebahagian daripada waris minangkabau terdapat juga di Negeri Sembilan. Kawasan pelancungan yang terkenal adalah bukit tinggi yang terkenal dengan tenunan kain sulaman yang sangat cantik. Sekiranya anda melawat padang, jangan lupa singgah ke Bukit Tinggi. Bukit Tinggi adalah tempat kelahiran Prof HAMKA, yang menjadi idola saya sejak di bangku sekolah lagi. Saya suka membaca karya-karya Prof HAMKA yang terkenal dengan nilai-nilai keagamaan, falsafah dan kesusasteraan. Beliau juga bergiat cergas dalam bidang politik. Saya suka membaca buku tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Lembaga Hidup, Pandangan Hidup Muslim dan keadilan IIahi. 

 Gambar Kenangan bersama 9 orang pelajar Malaysia di Universiti Andalas, Padang

1Malaysia bersama sahabat keturunan India dari Malaysia

Andalas sebagai kebun buah
Kita akan menjumpai pelbagai jenis tanaman kayu, dan merupakan ciri khas Andalas. Di antara buah ditemui adalah mangga, durian, manggis dan lain-lain lagi. 

 Di depan Universiti Andalas (UNAND)

Air kelapa juga sangat terkenal di Padang, ibu kota Jawa Barat. Makanan dan minuman adalah lebih kurang sama dengan Malaysia.

 Bangunan Andalas adalah kombinasi dari model atap tradisional Minangkabau (tanduk kerbau) dan struktur yang bergaya moden.

Semoga Naimah dan kawan-kawan berjaya membawa pulang segulung ijazah perubatan dalam masa 5 setengah dari sekarang (Julai, 2015). Insyallah, semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu. 
Read more ...

Thursday, 30 July 2015

Salam Syawal 2015

Tanjong Malim

Salam Syawal 2015.  Tahun ini lama juga saya bercuti raya. Blog saya turut lama bercuti. Tahun ini adalah cuti raya yang paling lama saya pernah ambil sejak bekerja. Banyak masa saya habiskan bersama-sama dengan isteri, anak-anak, adik beradik dan sanak saudara. 

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Lebaran Adilfitri 2015. Kehangatan syawal masih terasa. Rumah terbuka di sana sini walaupun ekonomi negara tengah merundum. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita berjaya dunia dan akhirat

 Kami Sekeluarga. Kami tengah menghantar Naimah ke KLIA2. Naimah telah terbang ke Universiti Andalas, Padang untuk melanjutkan pengajian perubatan. Dijangka berada di sana selama 5 setengah tahun.

Dari Kiri, Nadiah, satu-satunya anak yang telah bekerja, Isteri Cinta, Naim (OKU), Kaki travel, Naimah dan Nasree (pelajar perubatan di Ireland)   
  
 Semua anak-anak berkumpul untuk raya 2015 kecuali Nassier yang berada di Melbourne. Nassier adalah pelajar perubatan di Melbourne. 

Nadiah, satu-satunya anak yang telah bekerja dan adalah graduan Universiti Gajah Mada, Jogjakarta dalam bidang Farmasi

 
Salam Adilfitri 2015. Doa kejayaan kami sekelurga dunia dan akhirat. Maaf Zahir dan Batin.


Read more ...

Tuesday, 14 July 2015

Visa Australia RM20

Melbourne and Tasmania 2015

Saya terbitkan entri ini bertujuan membantu kawan-kawan yang memerlukan visa ke Aussie. Juga sebagai persiapan ke Aussie pada penghujung tahun kelak. Anak saya, Nassier akan bergraduat dari Monash University, Melbourne dalam bidang perubatan. Lagipun, Aussie adalah salah satu tempat destinasi pelancungan favorite saya sampai bila-bila. Evergreen. 
Nasihat saya visa Aussie seelok-eloknya apply sebulan sebelum terbang. Visa Aussie valid untuk satu tahun 3 bulan staying period.   


Info dari Mohd Saddam Irrban (Face book)
Salam. Ramai yang add & rekomen saya sebelum ini untuk urusan visa. Terima kasih.. Sebab itu saya beli no lain untuk urusan visa. Kami memang authorized agency for visa Aussie. Kita ada staff khas untuk visa sahaja. Kami uruskan visa setiap hari dan approve pada hari yang sama kecuali korang hantar petang waktu hendak keluar ke baazar 

πŸ˜‚
Ramai yang bertanyakan procedure.

Procedure kami simple:
1. Kami perlukan details passport. Cara paling senang snap gambar passport depan (yang ada details nama dan lain2 ).
2. Whatsapp gambar  ke 0132868997 berserta dengan alamat email.
3. Selepas approve,kami akan emailkan approval letter ke email tersebut berserta dgn bank acc untuk anda buat bayaran
4. ATAU Emailkan sahaja ke info@wiyatravel.com gambar passport .

Term & condition: 
+ settle dalam masa 12 jam. Hantar pagi dan,siap sebelum petang. Biasanya siap sejam je.
+ bayar selepas approval. Kalau tak approve tidak payah bayar. 
+ harga berapa? RM20 seorang. Tiada risk. Kami tidak melakukan penipuan di sini. Tiada paksaan. Kalau nak wat sendiri boleh apply kat website aussie 20AUD (RM60). Its ur choice. 
+ macam mana nak bayar? Selepas approve,kami bagi details acc maybank COMPANY kat email nanti.

Boleh add FB saya PM utk soalan lain. Or whatsapp sahaja no 0132868997 .Lokasi kami di Sri Kembangan Selangor.
For more than 15pax,kita bagi lower rates. Add my FB (Mohd Saddam Irrban) for better rates. Terima kasih. Selamat berpuasa 

Read more ...

Monday, 13 July 2015

ERL dari KL SENTRAL ke KLIA2



Salam Sahabat blogger,

Ingin berkongsi mengenai ERL dari KL SENTRAL - KLIA2 berharga RM35. Strategi Jimat Grand total hanya  dengan RM15.70. Dapat jimat sekurang-kurangnya RM20. Cumanya lambat 22mins dari KLIA EXPRESS. 


Cara jimat ada 2 route, boleh pilih yang mana satu;
Route 1
Ambik ERL dari KL Sentral - Salak Tinggi: RM12.50 (25mins) then,
Ambik ERL dari Salak Tinggi - KLIA2: RM 3.20 (7mins)
Grand total: RM15.70

Transit Salak Tinggi: 30mins
Total duration: 62mins

Route 2 
Ambik ERL KL Sentral - Putrajaya: RM9.50 (17mins) then
Ambik ERL Putrajaya - KLIA2: RM6.20 (15mins)
Grand total: RM15.70

Transit Putrajaya: 30mins
Total duration: 62mins

Kedua-dua cara dapat jimat almost RM20. Duration perjalanan 62mins (pengiraan kasar) dengan jumlah harga RM15.70. Tapi kalau ERL EXPRESS (RM35) duration masa 40mins. Cuma beza 22mins. Jadi pilihlah yang mana berbaloi.
Kalau naik bas dari KL Sentral ke KLIA2: 55mins - 75mins atau lebih. Bergantung kepada pergerakan traffic di jalan raya. Jumlah harga RM10.
Selamat mengembara kawan-kawan.


Share : Fen Ninetyone (FB)
Read more ...

Friday, 10 July 2015

Koniciwa 30 : Hotel Kaga, Osaka.

1 star hotel

Alamat Kaga Hotel :
1 Chome-12-21 Haginochaya, Nishinari Ward, Osaka, Osaka Prefecture 557-0004, Japan




 Kamar Gaya Jepun

Ada TV dan Peti Sejuk

 Ruang balkoni kamar kami

 Ruang Dapur

 Ruang kasut dan ruang front Office 

 Hiasan di luar Kaga Hotel

  Entrance Hotel Kaga

Perjalanan ke hotel Toyo dari hotel kaga

Review saya tentang Hotel Kaga. Hotel Kaga sesuai untuk mereka yang low budget seperti kami, Satu malam RM50 je. Kami book untuk satu malam sementara menanti Hotel Toyo ada kekosongan. Di sini kami berpisah suami isteri, tinggal di single room. Dan di sini kami perlu bayar apabila menggunakan dapur gas. Kami lebih selesa di Hotel Toyo kerana kelengkapan dapurnya percuma. Satu lagi, kawasan ini penuh dengan gelandangan. Walaupun kawasan ini penuh dengan gelandangan tetapi kawasan ini tetap bersih, tersusun dan kemas. Gelandangan mereka memang jenis pembersih, sopan dan tersusun rapi. Kami lebih banyak menginap di Hotel toyo selama 9 hari di Jepun. Hotel Toyo dan Hotel Kaga adalah berdekatan dengan Shin-Imamiya train station.  
Read more ...

Tuesday, 7 July 2015

Itinerary Gunung Daik Lingga

Lingga, Kepulauan Riau Indonesia


 Gunung Daik bercabang tiga
Agung Siregar


Pintu Masuk Ke Gunung Daik Lingga Bunda Tanah Melayu
Agung Siregar


Sudah tentu Para blogger kalian pernah mendengar pantun ini. 

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi Baik dikenang juga.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Ini adalah pantun warisan nenek moyang kita. Aku selalu didodoikan dengan pantun ini sejak dibangku sekolah lagi. Begitu juga dengan anak-anak aku dan cucu aku kelak. Aku teringin benar mendaki Gunung Daik sebelum mati. Gunung Daik terletak di Lingga. Ling bermaksud naga. Ge bermaksud gigi. 

Iltineary telah disediakan oleh Agung Siregar. Harga adalah RM525 all in (4D3N) pickup di Batam Island. Agung Siregar tinggal di Batam Island.  

Daik Lingga. (4H 3M)

Day 1: Pickup di Pelabuhan Batam. Check in di Batam Base Camp (tido di rumah Agung Siregar)
Day 2 : Pukul 10.00- 14.00 Perjalanan ke Pelabuhan Punggur-Dabo-Pancur Lingga (by speed boat). Kemudian uruskan permit. Doa orang tua di Pancur. Prepare Trekking.
             Pukul 4.00 Start trekking 2 atau 3 jam sampai ke kemsit gajeboh2.
Day 3 : Summit hingga leher naga (2 jam).....turun gunung check in hotel
Day 4 : Pukul 7 hingga 11 pagi Otw Lingga-Batam.....Johor.

Tinggi Puncak Daik 1165 meter). Kita hanya sampai ke Leher Naga (1000 meter) (Kandang Babi).Gunung Daik Kota besarnya Lingga. Ada 2 jalan untuk ke Gunung Daik. Pertama, Tanjung Pinang---Lingga (Dabo Singkep) (Naik jetty)---daik naik pompong perahu kayu. Kedua, adalah dari Batam-----Lingga (Dabo Singkep) naik ferry 3 jam terus ke Daik (naik pompong iaitu perahu kayu 30 minit ---baru trekking.


Sahabat-sahabat kalian.

Route kita bermula di Johor (Stualang laut) ke Batam terus ke Lingga (Dabo). Naik jetty dan trekking selama 5 jam. Day 1 trekking 3 jam iaitu ke Kemsit gajeboh2. Day 2 summit hingga le leher naga (tepi tebing puncak daik)

Masa terbaik untuk mendaki menurut Agung Siregar adalah bulan November kerana masa itu ada berlakunya perayaan atau festival 'Lingga the mother lands of Malay'.  



Setakat ini hanya seorang (Pendaki Belgium) sahaja yang perlu sampai ke Puncak Gunung Daik. Tegak lurus Tebingnya. Mesti pakai tali. Tinggi 165 meter.


Keterangan dari Jeneral Rushido (Face Book)


Gunung Daik bercabang tiga. Puncak tertinggi adalah Puncak Daik, Menengah adalah Puncak jejantan. Paling rendah adalah puncak Cindai Menangis.Sekarang tinggal 2 cabang yang jelas. Satu dah patah,puncak Cindai Menangis.  


Penduduk Lingga percaya bahawa di Puncak Daik adalah tempat tinggal Makhluk Bunian dan arwah Datuk Kemuning dan isterinya. Oleh itu, setiap pendaki harus didoain terlebih dahulu oleh Kyai setempat. Perempuan yang menstuasi tidak boleh mendaki Gunung Daik. 

Para blogger kalian. Sesiapa yang berhajat ke sana bersama dengan kakitravel Khairuddin boleh menghubungi saya di sini. Saya akan take note apabila masanya sampai. Biasanya pada bulan November adalah masa terbaik untuk ke sana.
Read more ...

Friday, 3 July 2015

Kos Kerugian ke Seoul, Busan dan Jeju Jun 2015

Kos Kerugian  dari 2 Jun 2015 hingga 11 Jun 2015

A. Seoul

2 Jun 2015 (Selasa)

1. Kami bertolak dari KLIA2 jam 8.00 pagi dan tiba di Incheon International Airport jam 3.20 petang. Waktu Seoul awal sejam dari Malaysia. Flite KL-Seoul = RM399.00
2. Kami menginap di Namdaemun Guesthouse Seoul, 82-33, Hoehyun-dong iga, Jung-gu, Myeong-dong/Namsan, Seoul. RM 78.77 sehari seorang. Bilik kongsi berdua. Dua hari : RM 157.54.
3. Di sebelah malam kami sempat ke Namson Tower. Masuk :RM28.90
4. Train dan Teksi Airport ke Namdaemun Guesthouse Seoul = RM 40.80 

A. Jumlah : RM626.24

3 Jun (Rabu)

1. Pagi. Kami pergi ke Gyeongbokgung Palace.
2. Tengah hari : Itaewon, Lawat Seoul Central Mosque.
3. Petang : Seoul Grand Park. Theme Garden ( The Rose Garden Masuk : 3.40). Sky Lift : RM34.00.

B.Jumlah : 37.40

4 Jun (Khamis)

1. Pagi : Melawan Hard Rock Cafe (HRC,Seoul)
2. Petang : Fly dari Gimpo Airport ke Jeju Island jam 4.00 petang menggunakan Jeju Air. Seoul ke Jeju : RM152.30. Teksi dari Namdaemun Guesthouse Seoul ke Gimpo Airport = RM42.80

C. Jumlah : RM195.10

B. Jeju Island

3. Lewat petang : Menginap di The Forest Hostel. RM 93.50 sehari seorang. Bilik kongsi berdua.  menginap 4 hari. RM 374.00 
4. Malam : Melawat Dongmun Market

D, Jumlah : RM 374.00

5 Jun (Jumaat)

1. Menggunakan khidmat Jeju Taxi Driver Mr, Cho, English Speaking Taxi Driver.
    Mr Cho. Chung Yeon. di no 010-7554-8055 atau email : ccy0524@gmail.com.
    Caj untuk 3 hari : 390,000 won. 4 orang satu teksi. seorang dikenakan 97,500 won. RM331.50 seorang untuk 3 hari. 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 8 jam sahaja. Driver untuk 3 hari : RM331.50
2. Pagi :   Lawatan ke Jeju West Coast : Lawat Halim Park, Jimnam dan Hagji Beach, O' Sulloc Tea Muzeum, Yongmeori Coast Masuk = RM3.40., Glass Castle, Mt Sanbangsan dan Yongduam Rock (Dragon Head Rock) 

E. Jumlah : RM334.90

6 Jun (Sabtu)

1. Menggunakan Khidmat Mr Cho. Seorang yang mesra dan penyabar.
2. Pagi. 9.30 pagi hingga 5.30 petang;
3. Lawat ke Jeju East Coast : Lawat Manjanggul Cave masuk = RM 6.80, Wol Jeong Beach, Seongsan IIchulbong Masuk = RM6.80, Seopjikoji Beach, Seongeup Folk Village.
 Di sebelah senja kami melawat ke Tapdong Square untuk menikmati sunset di Gu Jeju Commercial District, berdekatan dengan tempat penginapan kami, The Forest Hostel. Juga Black Port Street.

F. Jumlah : RM 13.60

7 Jun (Ahad)

1. Menggunakan khidmat Mr Cho. dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang
2. Lawat ke Coenjeyeon falls Masuk= RM8.50, Jeongbang falls Masuk= RM6.80, Choenjiyeon falls Masuk= RM6.80 dan Saeyeoh-gyo Bridge, Reapseed Park = RM3.40. Jusangjeollidae Cliff Masuk = RM6.80 , Oedolgae, Wet Land Mt Hallasan and Mysterious Road.

G. Jumlah : RM32.30

C. Busan

8 Jun (Isnin)

1. Fly ke Busan dengan Jeju Air. Tiba di Gimhae International Airport Busan.. Penerbangan adalah dari jam 9.05 pagi sampai 10,00 pagi. Jeju ke Busan : RM189.70
2. Tinggal di Sam Won Jong, 58-1, Nampo-dong 5 Ga, Jung-Gu, Busan. berhampiran Jagalchi market dan jagalchi Metro Station. Juga dekat dengan Busan International film festival (BIFF square)  50,000 won untuk 3 hari. RM56 sehari. Bilik kongsi berdua. RM168 untuk 3 hari. 
3. Petang : Lawat ke Narimaru APEC House, Gwangali Beach, dan Heundae Beach.
4. Malam : Melawat Busan Al-Fatah Mosque. 

H. Jumlah : RM357.70

9 Jun (Selasa)

1. Pagi :Melawat Gamcheon Culture Village
2. Petang : Taejongdae Park
3. Malam : Jagalchi Market, Yangdusang Park and Busan Tower


10 Jun (Rabu)

1. Pagi : Bokcheon Museum and Geumjeong Fortress
2. Petang :  Headong Yonggung Temple
3. Malam :  Songdo Beach and Amnam Park 

11 Jun (Khamis)

1. Pagi :  Gukje/Gulje Market. Shopping. 
2. Petang :  terbang dari Busan jam 5 petang sampai di KL jam 10.20 malam. Flite Busan ke Kuala Lumpur : RM765.00. Agak Mahal pasal beli last minute.

I. Jumlah : RM765.00

Perbelanjaan lain ;

T- Money : RM102.00
Tambang bas dan Danubi : RM18.00

J. Jumlah : RM 120.00

JUMLAH KESELURUHAN KOS PERBELANJAAN TIDAK TERMASUK MAKAN,MINUM DAN OLEH-OLEH ; A+B+C+D+E+F+G+H+I+J = RM2856.24

    

Read more ...

Thursday, 2 July 2015

Kansai International Airport, Osaka

Prayer Room's Kansai International Airport. For Muslim Visitors.

Surau International Airport.
Backpackerbusuk's

Wuduk
Backpackerbusuk's Post

Hari ini entri saya adalah tentang Jepun. Saya rasa nak selang seli di antara Jepun dan Korea. Dua-dua negara pun saya suka. Korea dan Jepun di antara dua tempat yang saya suka lawat di Asia, selain Aussie. 

Dalam entri kali ini, saya hendak bercerita tentang surau yang terletak di tingkat 3, Kansai International Airport. Surau dibuka 24 jam. Suraunya agak sunyi, agak jauh ke hujung.Surau ini agak selesa dan keadaannya sama seperti surau-surau yang ada di Malaysia. Surau diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Dibahagi dua. Ini memudahkan perjalanan kita ke Osaka kelak sebagai musafir.

Terima kasih kepada Backpackerbusuk's Post kerana saya mengambil gambar daripada facebook anda. Buat masa ini, Backpackerbusuk's telah selamat mendarat di Kansai dan telah berjalan-jalan di Osaka. Backpackerbusuk's telah terbang dari Seoul ke Osaka menggunakan Peach Airline dan penerbangan mengambil masa selama satu setengah jam. Semoga Backpackerbusuk's berjaya dengan misinya untuk renewal visa Korea. Semoga backpacker berjaya dengan impiannya, as  travelling is addictive. Wallahualam.  

Read more ...

Wednesday, 1 July 2015

Winter in Jeju Island


Hallasan Mountain in Winter

www.Koreajejuetour.com

Para Peminat Pendaki gunung yang tegar,

Gunung Halla atau Hallasan adalah gunung yang tertinggi di Korea. Kita boleh sebut Hallasan kerana san bermaksud gunung dalam bahasa Korea.  Semasa di Jeju Island, saya tidak sempat mendaki Gunung Halla. Ini kerana saya hanya ada tiga hari di Jeju Island. Juga merupakan kali pertama di sini. Pendakian ke atas Gunung Halla memerlukan pendakian selama sehari untuk turun naik Gunung. Saya masih menyimpan cita-cita ke sana lagi. Hanya dua tempat di Jeju island, yang saya tidak berkesempatan. Mendaki Hallasan dan mengayuh basikal di Pulau Udo.

Saya hanya melihat Gunung Halla dari jauh dan sempat ke wetland Hallasan sahaja. Hallasan adalah hasil daripada letusan Gunung berapi yang telah membentuk Jeju Island beratus tahun dahulu. Tidak ada caj kemasukan (Entrance fee). Mendaki  Hallasan adalah percuma. Dibuka sepanjang tahun. Saya ingin mendaki Hallasan untuk keempat-empat musim untuk banding beza sebelum saya mati. 

Mengikut Sahabat Korea Saya, musim terbaik adalah musim sejuk, pemandangannya sangat indah. Salji-salji akan melekat di atas pokok. Musim salji adalah dari bulan Disember sampai Februari. Moh kita intai tiket ke Korea melalui Busan. Tiket ke Busan lebih murah berbanding Seoul. Kita boleh fly dari Busan ke Jeju Island.

Semoga angan-angan saya menjadi impian. Insyallah, dengan kehendakNYA jua.    
Read more ...