Thursday 31 March 2016

Hari Keluarga di Sahom Valley Siri 1

Kampar, Perak.

Tiap-tiap tahun keluarga sebelah isteri,Cinta akan mengadakan hari keluarga. Hari Keluarga Hajah Asiah dan Haji Hanapi. Hari keluarga 2016 telah diadakan di Sahom Valley, Resort Agro dan Eko. Sahom Valley adalah tempat pelancongan keluarga dan organisasi dengan pakej harga yang menarik. Sesuai untuk keluarga yang besar. Kami booking tempat ini untuk 8 keluarga yang besar termasuk anak beranak.

Keterangan ringkas tempat ini adalah seperti berikut :  

Loaksi  : Kg Sahom, 31900 Kampar, Perak.

Keluasan : 50 ekar

Tanaman & Ternakan : Kelapa Sawit, Dusun Durian, Lembu, Rusa, Kambing, dan pelbagai jenis haiwan exotik. Terdapat Kolam Pancing, dan Jungle Trekking. Semua adalah dalam pakej. Kami tidak ambil pakej tersebut. Masing-masing sibuk dengan anak kecil, masak memasak dan mandi dalam air kolam. Anak-anak kami suka sangat mandi manda. Setiap tahun kami akan mencari lokasi yang ada kolam renang. Anak-anak kami boleh mandi manda sepanjang hari. Air adalah aktiviti utama anak-anak kami.

Sahom Valley adalah kawasan berlatarkan kaki bukit dan gunung yang indah menawan. Di sini adalah jawapan kepada ketenangan, kedamaian dan keindahan alam semulajadi. Elemen-elemen ini penting bagi menjana potensi setiap individu bagi melahirkan naluri diri yang harmonis dan berinspirasi unggul juga membina jati diri yang amat berkesan.

Lawatlah Laman Web : sahomvalley.wix.com/agro-eco-resort. Facebook : sahom Valley-Agro & Eco Resort. Email : sahomvalley@gmail.com. Tel : 0124882480/0122122480.

 Ladang Kelapa Sawit yang luas terbentang

Berjalan-jalan di sekitar Sahom Valley

Layout Plan Sahom Valley

 Naim di Pejabat Am Sahom Valley

 Aktivit-aktiviti yang ditawarkan

Jenis-jenis penginapan yang ditawarkan.

Read more ...

Tuesday 29 March 2016

Gurindam Jiwa bersamamu Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016


Gurindam Jiwa 1966


SBB2016 : Sepetang Bersama Blogger.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman akan menghadiri himpunan terbesar blogger yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Perjumpaan kali ini akan menghimpunkan kira-kira 500 blogger seluruh Malaysia. Semoga kita dapat bertemu di sana. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB 2016) akan di adakan di Dewan Cambell Complex, Kuala Lumpur. Tarikh : 16hb April, 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Teman telah mendaftar awal dengan bayaran hanya RM30 seorang termasuk goodies dan sehelai Tshirt. Kalau tahun lepas, Sepetang bersama Blogger 2015 (SBB2015) telah menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah utamanya. Untuk Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB 2016), kita nanti apakah hadiah utama pula? 

Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada perhimpunan ini. Antara lain membuat jaringan bersama rakan-rakan blogger dan barisan penaja yang hebat. Barisan penaja yang hebat adalah seperti berikut :

1 . Amna Home
(denaihati.com)

Kedua, kita boleh menambahkan ilmu melalui perkongsian 'mini forum'. Ketiga , kita berasa teruja apabila  mendapat hadiah yang menarik daripada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan itu. 

Semoga kita berjumpa di sana. Terimalah Lagu Gurindam Jiwa hasil karya Almarhum Hamzah Hussien dan lagunya dicipta oleh Almarhum Pak Wandly Yazid.  

Tuai Padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Lagu tetap menjadi siulan teman sepanjang masa. Ibarat tak lapok dek hujan tak lekang dek panas. Cerita filem ini telah dilakonkan oleh Seniman Nordin Ahamd dan Seniwati Latifah Omar. 

Moh Kita ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016




Read more ...

Sunday 27 March 2016

25 things that make me happy

Tanjong Malim

Asalamualaikum semua.

Teman telah ditag oleh Sal. http://blognisalpunya.blogspot.my/2016/03/25-things-that-make-me-happy.html. Tag blogger Sal adalah 25 perkara yang mengembirakan hati kita. Hidup kita perlu gembira agar sentiasa sihat walafiat. Tidak stress dan jauhi daripada penyakit,


Anak buah, Azam di Dipang River

Apakah 25 perkara itu ? Banding beza dengan blogger Sal ok ? 

1. Tido yang berkualiti. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tido sangat penting dalam kehidupan rutin teman. Kaki tido.
2. Alam semulajadi. Contohnya : Air terjun, laut, hutan dan pemandangan yang indah dan cantik.
3. Membaca buku yang berkualiti.
4. Man talk with my dudes
5. Watching a good movies
6. Mengemas dapur. Buat teman, dapur adalah bahagian paling utama sesebuah rumah.
7. Menulis blog entry.
8. Membaca blog orang lain.
9. Suka travel.
10. Suka tanam pokok buah atau bunga.
11. Duduk rumah santai-santai
12. Menghadiri acara blog di Malaysia
13. Suka menyimpan. (tabungan)
14.Menambah ilmu bisnis dari masa ke sama.
15. Suka umat yang berbudi bahasa dan kemas.
16. Suka umat yang simpel, happy dan cool.
17.Suka kepada pelbagai jenis batu-batan.
18. Suka bergambar
19. Suka tengok sahabat sihat walafiat
20. Suka melihat kejayaan orang lain.
21. Suka menerima kelemahan orang lain.
22. Suka orang yang positif
23. Selalu memikirkan apakah sumbangan yang akan ditinggalkan dan teman akan hidup walaupun seibu tahun akan datang.
24. Menjauhkan diri daripada orang yang penuh dengan hasad dengki dan negatif
25. Menjaga makan minum dan solat.

Berakhir sudah cabaran teman. Jom senarai 5 calon blogger agar meneruskan cabaran ini :

3. http://mystoriesmories.blogspot.my/
4.http://www.budakpening.com/
5.http://jmbelog.blogspot.my/

Selamat berjaya. Selamat menyambut cabaran kami.
Read more ...

Wednesday 23 March 2016

Itinenary to Gunung Irau, Cameron Highland

Mount Irau
(Mountain in Malaysia)

Parent range : Titiwangsa Mountains.

Mount Irau is a high mountain located at Pahang. Gunung Irau is the highest mountain of Cameron Highlands perched next to Gunung Brinchang. Its summit is 2110 meters (6922 feet), making it the 15th highest mountain in Malaysia. Mossy forest and fairyland, cold wind and misty clouds; are some of the characteristics at Irau.

2 APRIL 2016 (SABTU)
12pm-    Bertolak dari Tg. Malim
2.30pm- Tiba di Brinchang
3.00pm- Check in apartment & Lapor senarai group di Balai Polis Brinchang
5pm-11pm- Aktiviti bebas.
😴😴😴🏡🏚
3 APRIL 2016 (AHAD)
4.00am Bangun
5.00am Bergerak ke Pintu masuk Trek Gunung Irau(4WD)
7.00am Memulakan Pendakian
10.00am Sampai ke Mini Irau
11.00am Sampai ke Puncak Irau
Rehat........
1.00pm Bertolak pulang
2.00pm Tiba di Mini Irau hala balik
.500pm Tiba di Pintu masuk
6.00pm Teh Tarik dan makan 🍓🍓🍓🍓
6pm Bertolak pulang ke Tg. Malim
9pm Tiba di Tg. Malim
10pm Bersurai
Mossey Forest dalam pelukan daku.....Aku sungguh merindui mu.
Read more ...

Friday 18 March 2016

Monumen Km 0 Tanjung Malim

Behrang-Tanjung Malim Highway, Federal Route 193

Apakah itu kilometer Sifar?

Kilometer Sifar adalah titik pangkal bagi sesebuah bandar, laluan jalan raya, atau rangkaian jalanraya kebangsaan. Sebutan yang sama juga ditetapkan untuk setiap jalan (seluruh lokasi di jalan itu memiliki nombor, bergantung kepada jaraknya dari titik permulaan yang telah ditetapkan). Begitu juga untuk sesebuah bandar, yang di mana kebiasaannya Pejabat Pos digunakan untuk tujuan permulaan pengiraan jarak.

Kilometer Sifar Johor Bahru
Dari sudut sejarah pula, dahulunya semua jalan raya utama di Semenanjung Malaysia bertemu di Johor Bahru. Kemudian, jalan raya itu dihubungkan ke Singapura melalui Tambak Johor apabila dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1924. Oleh sebab itu, Johor Bahru telah dijadikan Kilometer Sifar Kebangsaan sejak ~92 tahun dahulu. Kilometer Sifar Semenanjung Malaysia dikira dari Pejabat Pos Johor Bahru.  

Kilometer Sifar Tanjung Malim

Penulisan teman kali ini adalah tentang titik pangkal bagi bandar Tanjung Malim. Monumen KM 0 Tanjung Malim adalah asas pengukuran jarak Jalan Persekutuan, Laluan 193 yang bermula daripada Pejabat Pos Tanjung Malim dan berakhir di Stesen Behrang. 

Jalan Persekutuan yang menghubungkan Behrang di utara dengan Tanjong Malim di selatan mempunyai jarak sejauh 13.2 km (8.2 batu). 


Laluan 193, Lebuhraya Behrang-Tanjung Malim (dahulunya Perak State Route 124 & State Route 121) adalah antara lebuhraya utama di Perak sekarang.



Monumen KM 0

Monumen KM 0 bermula di sini 

Monumen KM 0 adalah asas pengukuran jarak Jalan Persekutuan, Laluan 193 dari Tanjong Malim ke Stesen Behrang.
Read more ...

Friday 11 March 2016

Sunset di Puncak Bukit Batu Putih

Tanjong Tuan @ Cape Richardo

Entri ini adalah sambungan daripada entri sebelumnya Bukit Batu Putih, Port Dickson. Cara hendak ke sana. Waze je. Taip Cape Richado atau Tanjong Tuan. Anda akan jumpa Ilham Resort dahulu. Bukit Batu Putih terletak di dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Untuk panduan lebih lanjut, sila baca entri teman sebelum ini. 


 Sepetang di Puncak Bukit Batu Putih

 360 degree view

 Menikmati Sunset

 Sehati Sejiwa

 Kaki Travel Was Here

 Die Hard Fan : In a Nutshell

Statue Rio De Batu Putih

 Puncak Bukit Batu Putih Checked

 Cinta, Naim dan Dr Nassier

 Pulang Marilah Pulang

View laut biru yang cantik, pendakian yang santai, mentari terbenam di ufuk barat, rumah api yang menusuk sukma. Pasti tak pancit. Hiking Time. Aku anak Pee Dee. Chia Chia Chia.    
Read more ...

Monday 7 March 2016

Hammock Oh! Hammock

Tanjung Malim

Sekarang tengah hangat pendaki-pendaki gunung di Malaysia tayangkan hammock masing-masing di face book Hiking & Camping Around The World.(HACAW). Rupa-rupanya ada pertandingan postkan gambar bersama hammock. Teman tak masuk pertandingan. Ada di kalangan kawan teman yang masuk pertandingan tersebut. 

Bulan ini bulan hammock ke ? Main tunjuk hammock semua.

Maklumat pertandingan postkan gambar anda bersama hammock teman perolehi dari face book Farhad Abdul Rahim. Maklumat adalah seperti berikut :

Sementara menunggu penyampaian hadiah dan contest seterusnye, en Falah Mokhtar dari traveout ingin membuat mini games. Sesiapa yg menang akan dapat hammock ticket to the moon single 2 colour. Syarat syarat
1. Postkan gambar anda bersama hammock
2. Letak hashtag ‪#‎traveout‬ dan ‪#‎hacaw‬  di setiap Gambar yg nak sertai.
3. Hanya gambar dari 3hb hingga 9hb March akan diambil kira.

4. Pemenang akan dapat hadiah di penyampaian hadiah di Jerangkang dan disponsor ke trip
Jerangkang oleh HACAW.
5. Gambar yg mempunyai likes terbanyak pada jam 23.59 9hb akan dikira sebagai pemenang.


Lokasi Gambar hammock tu dimana mana pun takpe. Ikut kreativiti masing masing. Kami beri kebebasan untuk anda berkarya.

Ada hammock jenis single layer. Ada hammock jenis double layer. Bentuk pula, dari segi empat sama atau segi tiga. Warna hammock ada jenis striking, gelap atau celoreng. Ada pelbagai jenama hammock di pasaran. Harga hammock adalah dari RM35 hingga mencecah RM1500.

Dari segi perlindungan, ada yang disertakan mosquito net dan ada pula siap dengan flyer (bumbung) untuk berlindung dari panas ataupun hujan. Tali pengikat ada yang disertakan atau dijual berasingan.

Seeloknya cuba di rumah terlebih dahulu sebelum berkhemah. Biasakan tidur didalamnya beberapa kali. Jika leher berasa tegang, gunakan baju sebagai bantal sokongan.

Cari dua batang pokok yang kuat. Kemudian, cari jarak pokok yang lebih sedikit dari panjang hammock. Ikat pada ketinggian kepala dan kekenduran tali lebih kurang 30 darjah. Kedudukan hammock yang ideal adalah dari paras pinggang ke dada. 

Cari hammock yang ada extra poket untuk menggantung powerbank dan handphone. Lampu tidur dipasang tidak terlalu terang bagi mengelak dari tarikan binatang dan serangga. Jika ada sleeping bag digalakkan memakainya. (Nauz Der Lusar)

Rupa-rupanya ada pertandingan. Begitu banyak hammock dalam facebook teman. Teman pun teruju. Moh kita tatap sebahagian dari hammock yang menarik perhatian teman. 


The Moon Hammock (Farhad Abdul Rahim)

Bukit Pergasingan, Lombok (Fakhrul Haziq).Tido dalam hammock memang syahdu.

Lata Medang (Apan Kapan)

Jerangkang Waterfall (Oley Saku Nake)

Sawah Padi & Air Kelapa Muda (Wawan BreWokz)


Read more ...

Wednesday 2 March 2016

Bukit Batu Putih Port Dickson


Port Dickson.

Kami sekeluarga telah melawat Bukit Batu Putih, Port Dickson. Lokasi adalah satu kawasan dengan rumah api Tanjung Tuan@Cape Rachado . Viewnya ohsem, rumah api Tanjung Tuan pun cantik. Panjat bukit pun mudah. Akhirnya, anda akan dihadiahkan dengan laut biru yang cantik.

Pandu Arahan :

Gunakan Waze atau Google Maps. Cari papan tanda ke Rumah Persekutuan Port Dickson. Lepas dari Rumah Persekutuan, cari signboard ke PNB Ilham Resort. Bukit Batu Putih terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Pintu  masuk adalah sebelah Ilham Resort. Bayaran masuk adalah RM1 seorang sahaja. 

Laluan utama masuk hutan adalah jalan tar sampai sebelum anda nampak rumah api Tanjung Tuan. Pendakian adalah mudah. Jangan lupa bawa bekalan air yang secukupnya. Pakai kasut hiking yang sesuai. Baca doa sebelum masuk hutan. Moga selamat dan dipermudahkan urusan mendaki bukit. 

Kami bertanyakan pegawai di kaunter bayaran letaknya Bukit Batu Putih. Arahannya jalan sampai nampak rumah api dari kejauhan. Sebelum rumah api, ambil lorong masuk ke dalam hutan di sebelah kanan anda. Di sebelah kiri anda adalah tong sampah hitam. Malangnya, tidak ada sebarang papan tanda langsung. Kami berharap pihak yang berkuasa akan meletakkan papan tanda lorong masuk ke Bukit Batu Putih di masa depan. Jenguh juga mencari atau bertanyakan orang, takut sesat. 


 Pintu Masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan@Cape Rachardo 

Jalan masuk bertar sebelum masuk ke lorong hutan Bukit Batu Putih 

 Jalan sehingga anda nampak Rumah Api Tanjung Tuan, baru cari lorong masuk ke hutan Bukit Batu Putih

 Lorong masuk adalah sebelah kanan anda. Belum ada sebarang papan tanda lagi semasa saya berkunjung ke sini

 Bertentangan dengan lorong masuk yang di sebelah kanan adalah tong sampah hitam di sebelah kirinya.

 Dr Nassier dan Naim menikmati keindahan jungle trekking.

 Jalan ikut trek yang tersedia sehingga anda jumpa sebongkah batu putih.

 Anda boleh nampak papan tanda Bukit Batu Putih dari kejauhan sebelum sampai ke destinasi anda

 Bersama Cinta

 Bersama anak, Dr Nassier

 View dari Bukit Batu Putih 

Pemandangan indah dengan laut yang cantik

Read more ...