Friday 6 May 2016

Permit Mendaki Gunung



Gunung Irau, Cameron Highland

Kita perlu memohon permit yang diperlukan apabila mendaki sesebuah  gunung di sesebuah negeri. Senang sahaja untuk memohon permit seperti mana diperlukan. Ikut sahaja prosedur yang dikehendaki oleh sesebuah Jabatan Perhutanan Negeri.  

Di sini teman tunjukkan contoh borang permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal (mendaki gunung). Teman sendiri telah memohon permit mendaki Gunung Irau pada 2 April 2016. Senang sahaja. Yang penting anda mesti jelas dengan peraturan dan cara-cara memohon.  Isi borang permohonan berserta dengan maklumat-maklumat yang diperlukan. Baca arahan dengan teliti.

Penghargaan kepada Pejabat Hutan Daerah Raub kerana telah  mempermudahkan proses memohon permit..Permit lulus dalam satu hari asalkan semua maklumat jelas dan dokumen lengkap dan penggunaan email dan whatsapp secara berkesan. Anda boleh menghubungi En. Mat Izan Bidin (0199667350)
Pastikan kita mematuhi peraturan apabila mendaki.
Be responsible hiker

Di bawah dilampirkan borang permohonan PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL (MENDAKI GUNUNG)RAUB & CAMERON HIGHLANDS

Kenangan mendaki Irau bersama UPSI Adventure Club (USTA-C)

Kenang daku sampai ke Jannah  bersama UPSI Adventure Club (USTA-C)

BORANG PERMOHONAN
PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL (MENDAKI GUNUNG)


Kepada:
Pegawai Hutan Daerah   RAUB & CAMERON HIGHLANDS

1.
(a)
Individu
Butir-butir diri saya adalah seperti berikut:


i.
Nama Pemohon
:
___________________________________________


ii.
Warganegara
:
______________________
iii.
Umur
:
_________


iv.
No Kad Pengenalan  /     No. Pasport
:

_______________________________________________


v.
Pekerjaan
:
_______________________________________________


vi.
Alamat Surat Menyurat
:
_______________________________________________





_______________________________________________


vii.
No. Telefon / Fax / Email
:
_______________________________________________











(b)
Jabatan/Syarikat/ Pertubuhan/ Perbadanan
Butir-butir kami adalah seperti berikut:


i.
Nama Jabatan/Syarikat/ Pertubuhan/ Perbadanan :



_______________________________________________________________________


ii.
No. Pendaftaran*
:
_______________________________________________


iii.
Tarikh Pendaftaran*
:
_______________________________________________


iv.
Tempat Pendaftaran*
:
_______________________________________________


v.
Alamat / Berdaftar
:
_______________________________________________





______________________________________________


vi.
No. Telefon/Fax / Email
:
_______________________________________________










2. Tujuan
:

________________________________________________
3. Lokasi
:
_______________________________________________
4. Daerah
:
_______________________________________________
5. Tarikh Mula
:
________________
Tarikh Tamat
:
____________
6. Bilangan Ahli Kumpulan
:
_______________________________________________
7.  Disertakan Bayaran :     Wang Pos Bernilai :  RM ________________
         No. Wang Pos    i.    __________ ________     RM _____________
                                    ii.   ___________________    RM______________ 
                                   iii.   ___________________    RM______________
                                   iv.   ___________________    RM______________



Sila sertakan bersama borang ini, maklumat-maklumat berkaitan;

i)                    Senarai nama ahli kumpulan berserta nombor kad pengenalan/No.Telefon Waris/Orang yang boleh dihubungi.

ii)                   * Bagi permohonan untuk menjalankan kajian sila sertakan surat kelulusan daripada Jabatan   Perhutanan Semenanjung Malaysia/ Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

iii)                * Surat tawaran kerja pembangunan

iv)                * Permit mencari gali .

      v)          Bayaran Permit Memasuki HSK  -  RM5.00 seorang  ( Bayaran menggunakan Wang Pos
                   atas nama   :   PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PAHANG )

      vii)       Borang Permohonan beserta maklumat/bayaran hendaklah dikemukakan ke alamat berikut
                  (sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendakian):-

                       Pegawai Hutan Daerah,
                       Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands,
                       Rotan Tunggal,
                          27600 Raub, Pahang Darul Makmur.



         * Jika Berkaitan






39 comments:

  1. Kena ada permit ye KK..
    Takut juga kalau terjadi sesuatu yg tidak diingini boleh mrk dtg membantukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar je permit. Demi keselamatan kita dan demi alam sekitar.

      Delete
  2. tabiklaaa Uncle and the geng.. kaki2 panjat semuanya..
    chaiyook !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi menjaga kesihatan juga. Sambil menyelam sambil minum air.

      Delete
  3. baru bercadang nk panjat Bukit Gasing...gunung2 takdelah kot..tak cukup stamina..

    ReplyDelete
  4. Pengalaman yang sangat menarik! Puncak Irau dengan lumut-lumutnya! Tq Mr McDean!

    ReplyDelete
  5. Wow... cepat lah update rupa irau tu mcm mn ... hihihi

    ReplyDelete
  6. Dr. Nassir dah balik melbourne ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr.Nassier dah mula bertugas di Bendigo, Victoria. 2 Jam dari Melbourne.

      Delete
    2. Owh bendigo...

      Jauh tu... hihihi...

      Semoga d permudahkan urusan beliau, insya Allah...

      Tuan mkl ada anak d bandung juga ke? Medic?

      Delete
    3. Saya ada anak yang buat medic di Padang. Universiti Andalas.

      Delete
  7. INFO YG PATUT DIKETAHUI NI DEMI KESELAMATAN JUGA TU UTK DPTKAN IZIN MASUKI HUTAN RIMBA TEMPAT ORANG...

    ReplyDelete
  8. Ooh... perlu permit ya nl daki... sya x tahu pon... bkn kaki pnjat gunung, tu yg x tahu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kaki panjat tak apa. Yang penting kaki jalan atau kaki travel. Hihihi.

      Delete
  9. kena report juga ya kalau nak naik gunung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain Jabatan Perhutanan, boleh juga report kat Balai Pos demi keselamatan masing-masing.

      Delete
    2. oo macam tu. bagus info ni tuan

      Delete
  10. nak naik irau ni tapi dah tak de 'kaki' huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irau senang je...memanjat akar kayu itu yang penat. Bukan gunung G7 pun. JM boleh. Malaysia boleh.

      Delete
  11. perlukan permit rupanya..biasa naik gunung lain cam ledang tu x perlu permit pun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunung Ledang juga perlukan permit. Tapi boleh bayar on the spot. Pasal ada pondok pengawal. Di Irau tidak ada pondok pengawal atau pondok bayaran. Kita perlu memohon permit 2 minggu sebelum tarikh pendakian. Kes baru-baru ini, ada diantara pendaki terpaksa patah balik kerana mendaki secara haram. Ada Renjer hutan akan membuat spot check.

      Delete
    2. Perhatian untuk pendaki yang ingin ke Gunung Ledang boleh menghubungi terus Renjer Faiz untuk keterangan lanjut. No handphone : 0197772057.

      Delete
    3. Setahu sy mmg naik gunung kena permit or plg tidak register sblm naik... for safety

      Delete
  12. macam mana nak tahu tempat tu kena mintak permit???biasanya permit nie untuk mendaki gunung jer ke bang atau kalau nk daki bukit pun kena lalu prosedur yang sama???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perlu menghubungi Jabatan Perhutanan di negeri tempat pendakian. Contohnya untuk gunung-gunung di Pahang, hubungi Jabatan Perhutanan Pahang. Dari situ, kita boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan. Goggle sahaja. Maklumat di hujung Jari. Sesetengah tempat tidak dikenakan sebarang permit misalnya mendakit bukit. Ibarat kata, lain padang lain belalang.

      Delete
    2. Bukit broga tak yah permit... ha ha ha

      Delete
  13. Permit ni perlu sbb utk keselamatan kan... takut juga klu terjadi mcm kejadian2 yg tak disangka yg pernah berlaku spt hilang dsb. Klu tiada permit sukar org nak sedar cepat...

    ReplyDelete
  14. wah pasti seru naik gunungnya pak mantap

    ReplyDelete
  15. Dalam borang bgtau kena hantar 2 minggu sebelum. Macam mana abang boleh setel dalam masa sehari selain ikut prosedur yg diminta? Boleh cerita sikit?

    ReplyDelete
  16. TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
    KHIDMAT GUIDE BERLESEN(TG)
    CAMERON HIGHLAND.
    Menguruskan :
    -permit pendakian
    -laporan polis
    -khidmat guide
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -khidmat 4x4 ke permulaan pendakian (mossy forest)

    Pakej mendaki " Irau sunrise attack"
    mula mendaki jam 2am(daypack hike)

    ANDY
    017-9997790
    whataps/call/sms

    ReplyDelete
  17. untuk bahagian (b)Jabata/syarikat/pertubuhan...nak tulis ape,,,kalau setakat trip kenkawan 5 6 org

    ReplyDelete
  18. as salam.. saya nk tanya.. borang permohonan boleh dapat dimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minta Pegawai Hutah Daerah Raub dan Cameron Higlands emailkan. Hubungi En. Mat Izan Bidin (0199667350).

      Delete