Thursday, 25 May 2017

Lahore

Kuala Lumpur-Lahore

oleh Lema Alias  

Di sini saya ingin bercerita tentang perjalanan saya dan 3 orang lagi kawan ke Pakistan. Flight kami menggunakan malindo air. Tiket paling murah adalah Kuala Lumpur-Lahore dengan harga RM880 return. Anda boleh menggunakan penerbangan lain seperti Pakistan Airlines, Sri Lanka Airlines dan Thai Airways. 
Visa adalah RM30. Permohonan boleh dibuat di Kedutaan Pakistan di  Kuala Lumpur. Kedutaan Pakistan adalah berdekatan dengan KLCC. Anda perlu ada letter of invitation. Kalau tidak ada letter of invitation, anda tidak boleh memohon visa. Untuk dipermudahkan urusan, dinasihatkan menggunakan khidmat agent dan senang untuk diluluskan. Sekali apply terus lulus dan mengambil tempoh dua hari untuk disiapkan. Visa yang diluluskan adalah untuk tempoh 15 sehingga 30 hari. Kalau nak lebih daripada 30 hari kena buat tempoh lanjutan tetapi susah le.

Route kami adalah Kuala Lumpur-lahore-islamabad-gilgit-hunza-passu-sost-khunjerab pass. Semua menggunakan bas atau kereta sewa ( roadtrip ..berpuluh jam duduk atas jalan).Kami pergi pada musim bunga dan tempat yang dilawati adalah kebanyakan kawasan pergunungan yang sejuk dan cantik. Saya boleh katakan cherry blossom pun meriah kat sini 



Pakistan adalah negara 4 musim and setiap keindahan pakistan berbeza mengikut musim. isu keselamatan adalah diutamakan. Penduduk di sini sangat menjaga keselamatan pelancong. Apabila kami bergerak pada waktu malam di kawasan gunung..ada jeep askar akan mengiringi kami sampai ke kawasan bandar..

tips*- public transport okay...guna bas kalau nak pergi tempat yang jauh-jauh ( daewoo bas/natco)..dalam kawasan bandar boleh guna uber.
*kos keseluruhan bergantung pada cara anda travel..sama ada nak backpack or selesa...different price..kat pakistan boleh buat coachsurfing...cari yg betul-betul ada review yang sahih..
*makanan ruji di sini adalah chapati/puri/ paratha..makanan memang variasi cumanya kena atau tak je dengan tekak kita...kalau risau jemu..bawaklahsedikit.makanan.dari Malaysia.

or ikut instagram saya- iemamohamedalias

Kredit Lema Alias

 Pemandangan yang menakjubkan

 Bunga Sakura yang berkembang mekar

 Gunung ganang yang memukau

Jalan yang lurus

Sungguh luas saujana mata memandang

Masjid yang tersergam indah


18 comments:

  1. boleh x tanya diorg cm ne nk buat letter of invitation tu?

    btw, pakistan mmg cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ejen yang akan buatkan. Baik guna khidmat ejen.

      Delete
    2. Saya ada kawan yang sangat rapat disana.. boleh membantu anda jika memerlukan

      Delete
  2. MasyaAllah cantik nya view.

    ReplyDelete
  3. pergh.. cantik.. area filem bajranggi bhaijan tu kan?

    ReplyDelete
  4. SUBHAALLAH VIEW SUNGGUH INDAH...SALAM RAMADAN

    ReplyDelete
  5. Tak pernah terfikir nak ke Pakistan. Tapi cantik jugak view dekat Pakistan ni 😊

    ReplyDelete
  6. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  7. Cantiknya.. subhanallah.. thanks sharing tuan :)

    ReplyDelete
  8. Subhanallah... sungguh indah pemandangan alam di Pakistan, Pak Lim. Tidak kalah dengan pemandangan alam di New Zaeland.

    ReplyDelete
  9. cantik jg bunga sakura di sini..

    ReplyDelete
  10. Subahanallah..
    Cantiknya permandangan itu..
    Bertuah KK dpt menikmati nya sendiri keindahan itu..

    ReplyDelete
  11. cantik..macam dalam bajrangi baijaan

    ReplyDelete
  12. Suasana mcm ni mmg sgt2 menenangkan.. memberi inspirasi

    ReplyDelete