Wednesday 26 July 2017

Kos Perbelanjaan Backpack ke Eropah dan Ireland

Kaki travel : Backpack ke Eropah dan Ireland.

Kami akan berada di benua Eropah selama 18 hari. (23hb Mei, 2017 sehingga 8hb Jun, 2017). Kadar pertukaran untuk Euro adalah 4.777. Kadar pertukaran untuk  pound adalah 5.645.



 Kunci-kunci Cinta di Vedeftes Du Pont Neuf

 Musee Du Couvre

Orang-orang Eropah

Berikut adalah Itinenary kami ke Eropah dan Ireland :  

23hb Mei : Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport jam 8.50 malam

24hb Mei : Sampai ke Paris 7.15 am

25hb Mei : Jalan-Jalan di Paris (France)

26hb Mei : Heidelberg (Jerman)

27hb Mei : Frankfurt (Jerman)

28hb & 29hb Mei : Amsterdam

30hb Mei : Brussels, Belgium

31hb Mei : Bruges, Belgium

1hb & 2hb Jun : London

3hb - 7hb Jun : Dublin & menghadiri Konvo Dr Nasree di RCSI

8hb Jun : Dublin -Paris 650-940 am. Paris- Kuala Lumpur : 3.15 pm 

Perjalanan kami adalah dari Paris, Jerman, Amsterdam, Belgium,London, Dublin dan terbang semula ke Kuala Lumpur. Doakan kami selamat dalam perjalanan pergi balik.

Kos Perbelanjaan adalah seperti berikut :

Perbelanjaan di bawah adalah untuk dua orang. 

1. Flight Tiket  

    a) Qatar Airlines dari Malaysia ke Paris (dua hala)                                        RM 4326.00
    b) Aerling D7F dari Dublin ke Paris                                                                         985.56
    c) Ryanair London dari London ke Dublin                                                               580.00

2. Rent a car di Ireland                                                                                                747.52
     Minyak kereta di Ireland                                                                                         783.32

3. Penginapan 18 hari                                                                                                 1299.11
4. Pengangkutan Awam (Bas dan kereta api)                                                            1464.88 
5. Wifi Samurai                                                                                                             612.00
6. Etiqa Insurance                                                                                                        128.88  
7. Perbelanjaan runcit yang lain                                                                                   137.34 

 Jumlah keseluruhan                                                                                         RM 11064..61

Kami kongsi berdua, seorang adalah RM5532.305 perbelanjaan secara Backpack ke Eropah dan Ireland selama 18 hari.  
Read more ...

Tuesday 18 July 2017

Day 2 (Ahad 19/3/2017) : Rombongan Opah Siah Lejen & Kuncu-kuncu Ke Hat Yai Siri 1

Laut Krabi dan Pulau-pulau di sekitarnya

Coretan kali ini, adalah kisah saya dan rombongan Opah Siah Lejen dan kuncu-kuncunya ke Hat Yai dan Krabi. Kami membuat Island Hoping bermula dari Pantai Krabi. Ejen akan mengambil kami di Jeti Pantai Krabi. Island hoping adalah  4 island sahaja lebih kurang RM57.00. Kami ambil pakej yang paling murah sekali. Kami tidak singgah di National Park. Kalau nak singgah di National Park perlu tambah pulus lagi.  Sekadar menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik. Kami dibekalkan dengan makan tengah hari, dan mandi manda di tepi pulau sahaja. 

Setakat yang saya ingat kami menikmati pemandangan 4 buah pulau. Antara pulau-pulau yang telah kami singgah adalah Poda Island, Tup Island, Chicken Island, Talu Island dan Railey Island. Kami singgah bermandi manda di Railey Island. Banyak aktiviti boleh dilakukan di Railey Island. Anda boleh mandi manda di tepian pantai. Ramai mat salleh di sini. Anda boleh cuci mata. Mereka begitu sexy dan cantik dipandang. Pantai yang putih di tambahi dengan air laut biru yang bersih jernih. Anda seharusnya mengambil peluang snorkeling. Ikan-ikan di sini jinak-jinak belaka. Banyak ikan tropika di sini seperti Nemo,batu karang yang berwarna warni, dan kadang-kala anda akan menemui black tip reef sharks yang jinak. Ada juga boleh  memanjat batu-batan di sini. Selepas itu, anda boleh terjun ke dasar laut. 

Saya begitu menyukai warna biru. 2/3 daripada bumi kita adalah berwarna biru. Biru  adalah warna kegemaran saya. Biru adalah lambang ketenangan dan kedamaian hidup. Biru membuatkan diri saya berasa begitu jernih dan muda sekali.  Biru berjaya melembutkan hati saya seperti air yang mengalir dengan tenaga yang bergelora seperti air pasang surut dalam melakukan kegiatan harian. Saya menggambarkan diri sebagai seorang ayah, suami, kekasih dan sahabat yang penuh dengan perasaan kasih sayang , muda remaja dan berjiwa bebas. 

Laut, dan  Langit semuanya berwarna biru. Biru yang mendamaikan jiwa dan raga saya. Biru adalah jiwa saya yang pasif tetapi bergerak seperti seekor itik di dasar sungai. Anda tidak nampak begitu derasnya kayuhan seekor itik yang bergerak begitu pasif dan tenang. Jadilah seperti seekor itik. 

Belajar mengikut prinsip seekor itik. Di atas permukaan air, itik kelihatan begitu tenang dan selesa. Pergerakan mereka begitu lembut, lancar dan indah sekali. Namun cuba anda lihat di bawah permukaan air, kaki itik bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul. 

Gabungan kuasa biru dan itik, itu adalah saya.  Kuasa biru itu melambangkan bahawa kita nampak tenang, bersahaja dan tenang setelah berjaya tapi sebenarnya kita bekerja keras, bertungkus lumus dalam usaha mencapai kejayaan. Kita bersikap pasif pada dasarnya. Kita tidak nampak usaha keras mereka. Ini kerana apa yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja. Seperti seekor itik yang sedang berenang di tepian. Itik kelihatan sedang bergerak dengan tenang dan damai, seperti lambang warna biru tetapi sebenarnya di bawah permukaan air,kakinya bekerja keras mengayuh air agar kekal timbul di permukaan.   


 Pohon nan sebatang

 Jeti Pantai Krabi


 Mohammad anak saudara yang lasak

 Chicken Island

 Tup Island

Longtail Boat

 Pembantu Pemandu Longtail Boat

Poda Island

Read more ...

Wednesday 5 July 2017

Day 2 (Ahad 19/3/2017) : Rombongan Opah Siah Lejen & Kuncu-kuncu Ke Hat Yai dan Krabi

Pantai Krabi



Sambungan dari siri sebelum ini. Kali ini, penulisan entri pun lembab. Mood saya pun ke laut. Penangan raya kot. Banyak kerja rutin kot. Tambah dengan demam lagi. Kalau demam, nak buat kerja pun macam siput babi. kadang kala, saya paksa diri untuk bergerak. Moto saya mesti buat sikit. Jangan manjakan diri sangat. Nanti bertambah demam dan malas. Biar ada sikit kemajuan. Kan, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.   Macam-macam. Tahun ni raya paling best. Beraya sampai ke utara. Dari Teluk Intan ( rumah Cinta) beraya melawat sanak saudara belah isteri. Dari situ, kami melawat ke rumah sanak saudara di Lambor Kanan. Lepas itu, melawat saudara di Ipoh, Sungai Siput dan Taiping. Utara. Raya ini best pasal alang Nasree telah menamatkan pengajian perubatan di Ireland dengan jayanya. Bermaksud di rumah saya ada seorang farmasi dan  2 orang doktor perubatan. Setakat ini, anak-anak saya suka dengan bidang kerjaya masing-masing. Saya masih ada seorang lagi anak perempuan belajar bidang perubatan di Indonesia. Saya masih menunggu kehadiran seorang dua cahaya mata baru, sekiranya diberi rezeki oleh Allah SWT. Saya tidak kisah kalau anak ramai. Setakat ini, saya ada lima orang anak, termasuk seorang anak syurga, pemberian Allah kepada saya.  

Saya juga beraya ke Selatan tanah air termasuk Selangor. Saya balik menziarahi ayah saya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Juga melawat adik lelaki saya di Port Dickson. Kemudian, melawat adik perempuan saya di Sunway. Melawat cucu saudara saya yang pertama, Nur Aleesya Rania, berusia 1 setengah tahun. Sedar tak sedar saya telah menjadi atuk saudara. Saya juga melawat anak saya yang tinggal di Subang Jaya, Selangor. Cukuplah dengan cuti syawal, bersyukurlah. Ahamdulillah, usia-usia sebegini adalah keperluan untuk menjadi sihat walafiat. Itu doa saya selalu.

Kali ini, adalah alkisah saya dan rombongan Opah Siah Lejen dan kuncu-kuncunya ke Hat Yai dan Krabi. Kami membuat Island Hoping bermula dari Pantai Krabi. Ejen akan mengambil kami di Jeti Pantai Krabi. Island Hoping ini 4 island sahaja lebih kurang RM57.00. Kami ambil pakej yang paling murah sekali. Kami tidak singgah di National Park. Kalau nak singgah di National Park perlu tambah pulus lagi.  Sekadar menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik. Kami dibekalkan dengan makan tengah hari, dan mandi manda di tepi pulau sahaja.



 Sebahagian dari pada ahli rombongan Opah Siah Lejen & Kuncu-kuncu

 Bot tradisional kami

 Riang ria bersama Opah Siah.  Uda Amin dan Cinta memimpin Opah Siah Lejen.

Pemandangan Laut Krabi

 Bot-bot Nelayan di sepanjang Pantai Krabi

Saya suka pemandangan bot nelayan di tepi laut Krabi.

Beraneka jenis bot nelayan yang terdampar di tepi pantai

Kampung Air di sepanjang Pantai Krabi
Read more ...