Tuesday, 15 August 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris 1

Cathedrale Notre Dame De Paris

Paris adalah kota Cinta. Juga Kota fesyen. Orangnya lawa-lawa. Saya telah menjelajah ke 6 buah negara di Eropah dalam kembara kali ini. Peranchis, Belgium, Belanda, London, Ireland dan Jerman. Lelaki kacak dan perempuan lawa terdapat di Paris. Fesyen juga terdapat di sini. Orang-orangnya romantik, itu kelebihannya. . Penyeluk saku pun di sini. Peminta sedekah pun di sini. Kawasan pelancongannya pun berbau hancing. Nak muntah saya, itu kekurangan kota Paris.

Kota ini penuh dengan pendatang asing dan gelandangan. Mereka menyumbang kepada kadar jenayah yang berlaku di sini. Berhati-hati. Saya telah banyak membaca tentang situasi di sini sebelum sampai. Memang situasi adalah seperti yang telah digambarkan oleh rakan-rakan blogger. Anda yang ke Kota Paris perlu berhati-hati. Banyak penyangak yang cuba dapat wang anda. Bahagi dan pecahkan duit anda. Asingkan dan letak di tempat yang anda rasa selamat. Jangan letak di satu tempat. Banyak scam di sini. 

Saya sangat berhati-hati di sini. Saya telah menjadi orang yang tidak mesra. Tidak senyum atau muka selalu serius. Tidak menjawab pertanyaan orang. Saya tidak berhenti tengok sebarang pertunjukan di jalanan. Kalau ada pun saya melihat dari jarak yang jauh. Manusia di kota ini penuh dengan penipuan atau bertopeng-topeng. Tapi saya suka cuci mata. Orang di sini kacak-kacak dan cantik-cantik terutama yang berpasangan. Sungguh romantik bila depa bercumbu-cumbuan di depan orang ramai. Saya selalu awas dan berasa curiga bila dihampiri oleh orang awam. 

Sejurus sampai ke Lapangan terbang antarabangsa Charles De Gaulle dan daftar masuk ke Camrai Hotel saya terus bergegar untuk melihat kota Paris. Dari Camrai Hotel kami kembali ke Stesen Keretapi Gare Du Nord. Masa itu belum dapat daftar masuk. Waktu daftar masuk adalah 2.00 petang. Kami tinggalkan bagasi di Kaunter dan dijangka daftar masuk pada waktu malam nanti. Destinasi terakhir kami adalah Eiffel Tower.

Destinasi kami adalah seperti berikut :
i) Cathedrale Notre Dame De Paris
ii)Pont Neuf
iii)Pont Des Arts
iv)Palais Du Louvre
v)Museum De Louvre/Palace de Corousel/Cour Napoleon
vi)Jardin des Tuileries 
vii)Place de la concorde
viii)Avanue des Champs-Elysees
ix)Arc de Triomphe
x) Eiffel Tower

Kali ini,penceritaan adalah tentang Cathedrale Notre Dame De Paris. Gereja katholik yang pertama di dunia dan gereja yang terkenal di Paris. Kita bermula di sini seperti dalam senarai susunan saya dan berakhir dengan Eiffel Tower. Semua boleh dicapai dengan berjalan kaki sahaja. Terletak dalam lingkungan yang sama antara satu sama lain. Guna google maps dan Paris Metro. 

Dari Stesen Keretapi Gare Du Nord, kami turun di St.Micheal Notre Dame Station. Kami berjalan kaki lebih kurang 400 meter  untuk sampai ke Cathedrale Notre Dame De Paris. Letak di IIe De La Cite,salah satu dari dua pulau kecil yang terletak di tengah Sungai Seine. Anda harus kunjungi juga Paris Point Zero. Semua jarak di Paris di ukur dari sini. Cari di lantai di depan gereja.  

Gereja ini terletak di jantung Paris. Ini kerana semua jarak di Paris diukur dari depan Place Du Parris Notre Dame. Di lantai depan gereja terdapat sebuah bintang Perak yang menandai 0 Paris 0 km yang disebut  point zero des routes de France (Paris Point Zero).  

Anda harus masuk ke dalam gereja. Kami tidak masuk kerana masa tidak mencukupi. Ornamen dan hiasan dalamnya lebih memukau berbanding dengan di luar. Gereja ini adalah antara yang terindah di dunia.     

Kami naik train dari Gare Du Nord dan turun di St. Micheal Notre Dame Station.

Cinta dan Cathedrale Notre Dame De Paris



 Kaki travel Khairuddin dan Cathedrale Notre Dame De Paris


 Bintang Perak di tengah yang menandai Paris Point Zero

Keindahan Ornamen dan hiasan dalamnya benar-benar memukau.

Gereja Notre Dame Paris terdapat juga di Luxembourg, Belgia dan di Kanada.  


 Contoh gereja dengan desain Perancis. 

 Buka setiap hari dari jam 7.45 a.m hingga 6.45 p.m.


 Keindahan Ornamen dan hiasan dalamnya menjadi gereja ini antara yang tercantik di dunia.

12 comments:

  1. Lamanya tak menyinggah disini :). Cantik seni reka bangunan lama di Paris...cuma yang tak cantiknya bab penyeluk saku tu la kan.

    ReplyDelete
  2. Betul, banyak juga dengar cerita negatif tentang isu keselamatan pelancong di Paris, dan dipesan suruh berhati-hati jika hendak ke sana. Apa-apa pun, congrats buat En.Lim and wife yang telah berjaya meredah 6 buah negara sekali harung untuk sesi travel kali ini. Hehe...nice pictures as usual *thumbs up* ;3

    ReplyDelete
  3. kalau melihat filem indonesia...selalu sebut mengenai kota paris...

    ReplyDelete
  4. kota cinta dan orang romantik...

    ReplyDelete
  5. penyeluk saku dan bau hancing tidak boleh diterima...sayang

    ReplyDelete
  6. arghhhh ni yg rindu nk g paris lgggggg

    ReplyDelete
  7. pernah ke sini dan Notre Dame menjadi gereja terakhir saya masuk bila travel sekitar Eropah. T_T kecuali kalau saya teman orang jalan2 dan diorang request nak masuk gereja (especially yang kat Prague Castle)... hehe perasaan masuk gereja ni lain macam. Hati saya debar2 terus tak sedap hati.

    Keep sharing, tak sabar nak baca :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  8. alamak hahaha dah taip komen, line internet down pulakkkk.

    saya setuju dgn kota paris ni banyak betul scam, pickpocket etc. Huhu

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  9. cantik..the notre dame memang famous.tapi tulah, setiap tempat ada kekurangannya kan..

    ReplyDelete
  10. Memang cantik rekabentuknya.. bangunan ni pun sudah agak lama tp masih kukuh.

    ReplyDelete